Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 24 January 2012

~petua mengeratkan hubungan suami isteri~

1.       Jadikan perbuatan mencium tangan suami atau dahi isteri sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing sebagai rutin harian
2.      Jika perlu berjauhan lebih dari sehari, tambahkan rutin harian dengan ciuman di bibir dan juga pelukan mesra
3.  Walaupun sibuk, luangkan masa menelefon pasangan untuk bertanya apa yang sedang dilakukannya atau mengucapkan kata-kata cinta dan rindu
4.     Luahkan kata-kata rindu, cinta, sayang sepenuh hati pada pasangan sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon ataupun sebelum masuk tidur
5.    Sentiasa mencari peluang untuk makan berdua tanpa gangguan anak-anak terutamanya pada waktu bekerja
6.     Amalkan bertanya pasangan apa yang berlaku kepadanya sepanjang hari  setiap kali selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi pasangan anda peluang meluahkan perasaannya
7.    Luangkan masa berbual dengan pasangan mengenai apa sahaja isu yang terlintas di kepala dari isu rumah hinggalah isu politik sebelum masuk tidur
8.  Mudah berbaik dengan pasangan jika berlaku pertengkaran dan jangan biarkan ianya berlarutan walaupun hanya sejam apatah lagi meleret hingga berhari-hari. Dan elakkan anak-anak melihat pergaduhan yang tercetus. Akhirilah pergaduhan dengan kemesraan
9.     Temankan pasangan menonton rancangan kegemarannya di televisyen biarpun hanya duduk di tepi sambil membaca majalah ataupun akhbar kerana apa yang penting adalah kehadiran anda di sisinya
10.  Jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun anak sudah berderet-deret ataupun usia makin meningkat tua kerana ianya penting dalam mengeratkan hubungan suami isteri
11.   Amalkan solat berjemaah bersama pasangan di rumah dan bersalaman setiap kali usai berdoa
12.    Biasakan bergilir pinggan dan cawan bersama pasangan semasa makan dan buang perasaan geli dan segan menghabiskan makanan atau minuman pasangan
13.  Sentiasa bergurau senda, bermain teka teki atau berkongsi cerita lucu bersama pasangan yang boleh membuatkan anda ketawa bersama
14.  Buat kejutan sekali sekala dengan memberikan hadiah atau kad pada tarikh-tarikh penting seperti pada hari ulang tahun perkahwinan, perkenalan ataupun hari lahir atau memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang pasangan anda gemari atau idamkan
15. Sentiasa kenang pengorbanan yang dilakukan pasangan seperti kesusahan isteri mengandung dan melahirkan anak dan kegigihan suami bekerja keras mencari rezeki menyara keluarga
16.   Tukar gaya penampilan agar ada kelainan sekali sekala untuk mengelakkan pasangan berasa jemu
17.   Sentiasa berterus-terang dan berbincang setiap kali ada masalah yang timbul
18. Sentiasa menyimpan tekad dan mempunyai pemikiran yang positif untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi pasangan yang terbaik buat suami atau isteri
19.  Hadiahkan kucupan tanda kasih sayang selepas dan sebelum bangun dari tidur  agar harinya dimulakan dengan senyuman dan malam diakhiri dengan perasaan dihargai selepas seharian berbakti kepada keluarga. Jangan lupa untuk meminta maaf andai terdapat sesuatu yang mungkin mengguris hati pasangan. Jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga kini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu~

Sumber: DiariHati.Com

No comments:

Post a Comment