Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 24 January 2012

~petua mengeratkan hubungan suami isteri~

1.       Jadikan perbuatan mencium tangan suami atau dahi isteri sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing sebagai rutin harian
2.      Jika perlu berjauhan lebih dari sehari, tambahkan rutin harian dengan ciuman di bibir dan juga pelukan mesra
3.  Walaupun sibuk, luangkan masa menelefon pasangan untuk bertanya apa yang sedang dilakukannya atau mengucapkan kata-kata cinta dan rindu
4.     Luahkan kata-kata rindu, cinta, sayang sepenuh hati pada pasangan sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon ataupun sebelum masuk tidur
5.    Sentiasa mencari peluang untuk makan berdua tanpa gangguan anak-anak terutamanya pada waktu bekerja
6.     Amalkan bertanya pasangan apa yang berlaku kepadanya sepanjang hari  setiap kali selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi pasangan anda peluang meluahkan perasaannya
7.    Luangkan masa berbual dengan pasangan mengenai apa sahaja isu yang terlintas di kepala dari isu rumah hinggalah isu politik sebelum masuk tidur
8.  Mudah berbaik dengan pasangan jika berlaku pertengkaran dan jangan biarkan ianya berlarutan walaupun hanya sejam apatah lagi meleret hingga berhari-hari. Dan elakkan anak-anak melihat pergaduhan yang tercetus. Akhirilah pergaduhan dengan kemesraan
9.     Temankan pasangan menonton rancangan kegemarannya di televisyen biarpun hanya duduk di tepi sambil membaca majalah ataupun akhbar kerana apa yang penting adalah kehadiran anda di sisinya
10.  Jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun anak sudah berderet-deret ataupun usia makin meningkat tua kerana ianya penting dalam mengeratkan hubungan suami isteri
11.   Amalkan solat berjemaah bersama pasangan di rumah dan bersalaman setiap kali usai berdoa
12.    Biasakan bergilir pinggan dan cawan bersama pasangan semasa makan dan buang perasaan geli dan segan menghabiskan makanan atau minuman pasangan
13.  Sentiasa bergurau senda, bermain teka teki atau berkongsi cerita lucu bersama pasangan yang boleh membuatkan anda ketawa bersama
14.  Buat kejutan sekali sekala dengan memberikan hadiah atau kad pada tarikh-tarikh penting seperti pada hari ulang tahun perkahwinan, perkenalan ataupun hari lahir atau memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang pasangan anda gemari atau idamkan
15. Sentiasa kenang pengorbanan yang dilakukan pasangan seperti kesusahan isteri mengandung dan melahirkan anak dan kegigihan suami bekerja keras mencari rezeki menyara keluarga
16.   Tukar gaya penampilan agar ada kelainan sekali sekala untuk mengelakkan pasangan berasa jemu
17.   Sentiasa berterus-terang dan berbincang setiap kali ada masalah yang timbul
18. Sentiasa menyimpan tekad dan mempunyai pemikiran yang positif untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi pasangan yang terbaik buat suami atau isteri
19.  Hadiahkan kucupan tanda kasih sayang selepas dan sebelum bangun dari tidur  agar harinya dimulakan dengan senyuman dan malam diakhiri dengan perasaan dihargai selepas seharian berbakti kepada keluarga. Jangan lupa untuk meminta maaf andai terdapat sesuatu yang mungkin mengguris hati pasangan. Jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga kini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu~

Sumber: DiariHati.Com

Sunday, 22 January 2012

~ciri-ciri suami idaman~


Sekadar sebagai panduan mencari suami sejajar dengan ajaran Islam supaya si gadis memperolehi  suami boleh mendidik , memimpin dan melindungi diri dan anak-anak yang bakal lahir.

1.    Taat kepada ALLAH dan ajaran RasulNya
2.    Mahir membaca Al-Qur’an dengan lancer, hafal surah-surah asas dan rajin membacanya
3.    Mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan tetap
4.    Suka menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran
5.    Optimis – berjuang mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup
6.    Bersih dari sebarang kemungkaran zahir dan batin
7.    Mempunyai tutur kata dan tingkah laku yang baik dan jujur dalam perbuatan
8.    Tidak pernah lalai melaksanakan yang wajib dan rajin melaksanakan yang sunat
9.    Berani menghadapi cercaan dan orang yang mencela
10.  Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggung jawab serta amanah yang diberikan
11.  Bersifat terbuka, pemaaf dan lembut/bersopan santun
12.  Sejuk mata memandang, bersifat tenang, sentiasa berwaspada dan bijak membuat keputusan
13. Jika berkahwin, mampu untuk menjaga dan melayan isteri serta anak-anaknya dengan baik


“…Kalau setiap saat awk ingatkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingatkan ALLAH.. Bermakna waktu itu kita sudah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Dan di situlah selayaknya hati kita bertemu…”

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.”
(HR. Tirmidzi)

Saturday, 21 January 2012

~melaram sebelum hari bersejarah?~

wahai bakal2 raja sehari...eloklah kiranya sebelum tiba hari bersejarah, kita naikkan seri muka dengan buat facial, berurut ke...supaya taklah nmpak pucat, lesu, kurang bermaya, eye bed nmpak bawah mata, tak naik seri.. memang hancurlah gambar kahwin nanti sbb muka tak berapa nk lawa kan walaupun guna jurugambar professional mcm mana pon...jangan buat main..ada pernah berlaku ni...

kalau tak mampu ke spa atau salun yg menyediakan pakej2 untuk bakal raja sehari, tak apa..boleh je amek freelance macam iklan kat bawah ni..yang ni sekitar cheras/KL bolehlah cuba-cuba ye kalau berminat..~ 

boleh PM effa hatta di FB atau 



kalau tak mampu, boleh jugak cuba petua2 tradisional/mudah...

1- letak timun atas mata untuk hilangkan eye bed (lingkaran gelap bawah mata/mata bengkak)...
2- sapu putih telur kat atas hidung n letakkan tisu. biar smpai kering baru sentap kuat2....ni untuk hilangkan blackhead/whitehead.
3- sapu lendir daun bunga raya yg dah diramas dengan sedikit air kat rambut...biar 20 minit..baru bilas dengan air bersih - tujuannya untuk lembutkan rambut. tak payah pergi salun..buat 2 3 hari sekali..
4- sapu vaselin/petroleum jelly kat atas bibir supaya bibir tak kering. kalau tak bertapuk2 la lipstick nanti. kalau tak nak guna vaselin, sapu madu..
5- tumbuk daun inai.. gentel kecik2 bulat2...letak dlm peti air..setiap hari telan satu.. insya ALLAH, bibir akan nmpak lebih merah n berseri..


insya ALLAH akan diupdate dr masa ke semasa...


Sunday, 15 January 2012

~handmade card~

kali ni kita go thru kad kahwin 'handmade' pulak..ini untuk sesiapa yg inginkan kelainan dalam menjemput mereka2 yg penting ke majlis seumur hidup kita. terpulang pada setiap individu sendiri..nk bagi semua jemputan ke, vip je ke, famili je ke, kawan2 terapat je ke..ikutlah~

harga masih lagi dalam pertimbangan dan boleh dibincangkan kemudian berdasarkan kuantiti kad yang ditempah. nak sikit boleh, nak ambil banyak pun boleh...tiada masalah ;)

warna, saiz, bentuk, 'alignment' kad pun boleh ditukar bergantung kepada tema majlis anda...sebelum sesi menyiapkan kad bermula, kami akan dapatkan pengesahan design kad terlebih dahulu dengan menunjukkan sampel kad sebenarnya yang bakal dibuat untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

sampel yang ditunjukkan di sini untuk memberi panduan dan gambaran bentuk dan design kad yang kami buat.

KAD RINGKAS








KAD BEREBEN







KAD GAYA 'VINTAGE'



 


©       Warna tulisan : MERAH, HiTAM, BiRU, UNGU, HiJAU
©       Warna kad : bergantung pada pilihan anda dan juga ‘availability’ bahan/warna
©       Termpahan kad akan disiapkan dalam tempoh 2 minggu hingga sebulan dari tempoh pengesahan dan pembayaran deposit 50% bergantung kepada reka bentuk dan kuantiti


 * Info kad akan dikemaskini dari masa ke semasa..harap maklum~